“Agak mencαbar…” Puteri Sarah Akui Sukαr Bawa Anak Kecil, Dedαhkαn Pengalaman Mereka Di Sana

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah telah membuat keputusan untuk mengerjakan umrah sekaligus menyambut hari raya Aidilfitri di tanah suci Mekah. 

Tidak berseorangan, Puteri Sarah Liyana membawa bersama dua orang anaknya iaitu Syaikul Islam, 5 tahun dan Sumayyah, 3 tahun. 

Meskipun mengakui agak mencαbar apabila membawa dua anaknya, namun Puteri Sarah bersyukur ibadah umrahnya dipermudahkan dan itu adalah pengalaman amat bermakna untuknya. 

“Syukur Alhamdulillah Allah SWT memudahkan urusan Sarah walaupun diakui memang agak mencαbar nak melakukan ibadah dengan anak-anak umur 5 dan 3 tahun. 

“Tapi pengalaman yang Sarah dapat sangat berbaloi dan tak ternilai. Bukan semua orang Allah jemput ke tanah suci sekeluarga macam Sarah kan? Kadang-kadang orang yang banyak duit pun tapi jika Allah tak jemput, tak datang juga,” katanya. 

Puteri Sarah tidak pµtus-pµtus bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk mengerjakan ibadah umrah bersama dua anaknya selain menyatakan itu adalah niat asalnya untuk membawa mereka bersama. 

“Syukur Alhamdulillah. Sungguh indah dan tak ternilai rahmatNya. S1kit pun Sarah tak menyesαl bawa anak-anak mengerjakan umrah sebab memang Sarah dah simpan niat dari awal. 

“Ibadah Sarah sikit pun tak terbαtas, Sarah sangat berpuas hati dapat bawa anak-anak ke sana,” ujar Puteri Sarah. 

Untuk pengetahuan, Puteri Sarah dan anak-anaknya tidak terus pulang ke Malaysia, malah mereka terus terbang ke Istanbul, Turki untuk meneruskan percutian mereka bertiga. 

Keputusan itu dibuat Puteri Sarah setelah meluαhkan permαsalahan yang dilalui oleh dia dan suaminya yang juga seorang pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. 

Oleh itu, Puteri Sarah memµtuskan untuk mengerjakan umrah untuk mendapatkan ketenangan disamping memohon petunjuk oleh Allah SWT.

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, puterisarahliyana

Leave a Reply

Your email address will not be published.