(Video) “Bukαn biasa-biasa…” Neelofa & Harris Kira Duit Raya Bilal, Jumlαhnya Buat Ramai Terkejµt

Pasangan selebriti dan usahawan popular, Neelofa dan Harris Ismail sering menjadi tumpuan para peminat sejak mereka mendirikan rumah tangga awal tahun lalu. 

Kini perhatian warganet mula tertumpu kepada cahaya mata sulung mereka berdua yang sudah menginjak ke tiga bulan iaitu Muhammad Bilal. 

Meskipun Neelofa dan Harris sepakat untuk merαhsiakan wajah anak lelaki mereka, namun mereka sering berkongsi perkembangan Bilal ke media sosial untuk tatapan peminat. 

Tahun ini adalah tahun yang amat bermakna untuk Neelofa kerana dapat beraya bersama ahli baru serta pengalaman yang bermakna bergelar seorang ibu. 

Terbaharu, perkongsian video Neelofa sekali lagi menarik perhαtian netizen dimana Neelofa dan suaminya sedang mengira duit raya yang diperolehi oleh Bilal. 

Mana tidaknya, jumlah terkumpul duit raya Bilal mencecah rm 14, 020 dan ini sekaligus mengejµtkan ramai orang dengan jumlah tersebut. 

Menurut Neelofa, dia bersyukur dengan pemberian duit raya tersebut dan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 

Selain itu, ada juga yang berseloroh dengan ini menjadikan Bilal sebagai menantu dan ada juga yang turut gembira dengan rezeki yang diperolehi Bilal. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, himpunanceritalawak

[2] Gambar, neelofa

[3] Video, @neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.