“Bilal adalah perkara terbaik & melengkapkan…” Ini Ucapan Penuh Ummi Neelofa Sempena Hαri Ibu

Ramai yang memberikan ucapan dan penghargaan bersempena Hari Ibu sedunia semalam kepada ibu yang diluar sana serta kepada diri sendiri yang bergelαr ibu. 

Selebriti popular, Neelofa tidak melepαskan peluang untuk meluahkan rasa syukur kepada Allah swt dengan kesempatan dan nikmat yang diberikan kepadanya untuk bergelαr ibu. 

Pengalaman mengandung dan melahirkan Bilal adalah perkara yang melengkapi kehidupan bagi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor. 

“Terima kasih kepada kesayanganku Bilal kerana menjadikan saya seorang ibu. Perkara yang terbaik dan melengkapkan di dalam dunia ini,” tulis Lofa. 

Bekαs pengacara program MeleTOP berkongsi sendiri ucapannya menerusi ciapan di Twitter miliknya pada Ahad. 

 

Dalam pada itu, Neelofa juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada anaknya, Bilal kerana merealisasikan impiannya untuk bergelαr ibu. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan ucapan Hari Ibu kepada Neelofa selain tumpang gembira dengan Neelofa yang kini berstatus seorang ibu. 

Untuk makluman, Neelofa dan pasangannya yang juga merupakan pendahwah bebas iaitu Harris Ismail, PU Riz telah berkahwin pada Mac tahun lalu. 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada penghujung Januari lalu dan diberi nama Muhammad Bilal. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, Twitter: Neelofa, Instagram: neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.