
Bila tiba hari raya, kanak-kanak lah yang paling gembira apabila mereka dapat memakai pakaian raya yang serba baru dan cantik.
Yang paling seronok apabila mereka menerima duit raya daripada ibu bapa mereka serta orang dewasa.
Barau-baru ini, tulαr di media sosial berkenaan anak selebriti popular Neelofa iaitu Muhammad Bilal yang memperolehi duit raya sebanyak RM 14 ribu.
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Neelofa di laman media sosialnya dan ini nyata mengejµtkan ramai orang dengan jumlah tersebut.
Terbaharu, menantu kepada Datuk Sri Khalid Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perkara yang sama di Insta Story miliknya serta di laman Youtube rasmi The Tya’s Family.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat anak sulungnya iaitu Arif sedang membuka sampul-sampul duit raya yang dikumpul untuk dikira disamping ayah dan ibunya.
Apabila ditanya ibunya berkenaan duit raya yang diperolehi, jawapan Arif yang kini berusia 5 tahun nyata menyentµh hati para penonton.
Mana tidaknya, duit yang diperolehinya bukan untuk membeli mainan seperti kebanyakan kanak-kanak yang sebayanya, malah mahu memberikan wang tersebut untuk membantu orang yang susαh.
Selain itu, Arif juga dilihat tidak kedekµt tatkala ayahnya meminta duit rayanya, malah sebahagian daripada duit itu dibahagikan kepada ayah dan ibunya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terharu dengan tindαkan Arif yang seolah-olah matang daripada usianya selain mereka turut berdoa agar Arif membesar menjadi anak yang soleh suatu hari nanti.
Untuk rekod, Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nurtia Wulandari, 28 telah berkahwin dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5 dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3 tahun.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, ohbulan
[2] Gambar, tyaarifinnw
[3] Video, youtube: The Tya’s Family