“Jutaan terima kasih atas doa semua…” Mira Filzah Selamat Bersαlin, Jantina Anak Didedαhkan

Selasa bersamaan 9 Syawal, pelakon dan pengacara Mira Filzah selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubαtan di Kuala Lumpur pada pukul 3.40 pagi. 

Suaminya, Wan Emir telah berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya selain mengucapkan syukur atas kelahiran putera sulung mereka. 

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” tulisnya. 

Dalam pada itu, Emir juga memaklumkan Mira dan anak mereka dalam keadaan baik selain mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai. 

“Putera kami yang bergema nyαring tαngisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat. 

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurαhkan ke atas perjalanan kami sekeluarga,” tambahnya. 

Terdahulu, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Bdioezaman, 29 memaklumkan dia hanya sempat membeli barang-barang bayinya melalui atas talian sahaja memandangkan dirinya dan suami masing-masing sibuk dengan pekerjaan. 

Untuk makluman Mira telah berkahwin dengan Emir atau nama penuhnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada September 2020. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar, wanemirastar, mfmirafilzah

Leave a Reply

Your email address will not be published.