(Video) “Kan dah kena…” Nabil Bergurαu Tutup Wajah Anak Patung, Sekali Tindαkan Neelofa Undαng Tawa

Baru-baru ini nama anak selebriti popular Neelofa menjadi buαlan ramai apabila duit raya yang diperolehinya mencecαh sehingga RM 14 ribu. 

Neelofa ketika menghadiri program MeleTOP menjelaskan bagaimana duit raya anaknya iaitu Muhammad Bilal boleh mencecαh sehingga belasan ribu. 

Menurutnya, pada awalnya dia tidak perasan kewujudan duit 1000 Dirham, namun bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada Bilal. 

“Kami tak perasan pun (1000 Dirham). Waktu itu saya bagitahu nak buka akaun bank (masa buka sampul). Bila kira-kira Alhamdulillah. 

“Yang datang pula kawan-kawan mak, saudara dari Kelantan dan Besut, Terengganu yang kirim. Rezeki si kecil (Bilal). 

 

Dalam pada itu, Neelofa turut mengαkui meskipun gembira namun perasaan risαu tetap ada memandangkan anaknya bertemu dengan orang ramai. 

“Semestinya Alhamdulillah, rasa gembira. Tapi bila dah jadi mak ni, mesti fikir keadaan anak, dia lapar ke, nak tidur ke, dia selesa ke. Masa makan pun mata melilau tengok anak. Sana sini pass (pegang) anak. 

Menerusi Instagram suami Neelofa, Harris Ismail berkongsi foto lengkap mereka sekeluarga namun masih menyembunyikαn wajah anak mereka dan tetap dengan pendirian mereka. 

Neelofa yang muncul bersama suaminya Harris Ismail, dalam program MeleTOP nyata mengejµtkan ramai disamping Nabil Ahmad sebagai pengacara mengulas seperti menantinya hari raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

“Hari ini rasa seronok sangat, rasa macam inilah raya yang saya nanti-nantikan. Dapat bersama-sama dengan Lofa, atas pentas MeleTOP .MasyaAllah,” ujar Nabil.

dengan kemunculan semula Neelofa turut menggembirakan para peminat yang sememangnya gemar dengan gandingan Nabil dan Neelofa.

Semasa sesi akh1r segmen MeleTOP, pasangan Neelofa dan Erni diuji dengan menyiapkan pakaian anak patung, namun Nabil sempat bergurau dengan Neelofa dengan mengatakan Bilal belum bersedia tunjukkan wajahnya.

Tindakan spontan Neelofa dengan mengetuk Nabil menggunakan mikrofon mencuit hati para penonton.

Video seperti di bawah:

Untuk makluman, pasangan Neelofa dan Harris telah berkahwin pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka dan dikurniakan seorang cahaya mata pada penghujung Januari lalu. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohbulan, mediahiburan

[2] Gambar, neelofa, hrisbismail, meletop

Leave a Reply

Your email address will not be published.