“Segalanya sudah pun cantik tersedia..” Anak Tokti Kongsi Rumah Baru, Buat Ramai Terpegµn

Usahawan dan juga menantu kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Ta Ariffin telah mengadakan ‘house tour’ di kediaman banglo mewah miliknya bersama suami untuk memenuhi permintaan para pengikutnya. 

Berkongsi video tersebut ke laman rasmi Youtube miliknya, Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Binti Ariffin memaparkan setiap sudut dan hiasan dalaman banglo mewah tersebut yang juga memiliki 7 bilik. 

Bercerita berkenaan dekorasi serta pemilihan perabot, Asyraf memaklumkan bahawa isterinya, Tya yang aturkan semuanya. 

“Bila bercakap mengenai dekorasi rumah ini, saya rasa ianya hanya simple sahaja. Hal dekorasi dan pemilihan perabut semuanya diuruskan oleh Tya sendiri. 

“Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk bawa masuk perabut sahaja,” jelas Asyraf. 

Banglo mewah Tya dan Asyraf juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, gelanggang bola keranjang dan tennis serta ruangan pejabat. 

Selain itu, beberapa bahagian ruang tamu yang dikhaskan untuk keluarga dan tetamu turut tersedia. 

Dalam pada itu, Tya sempat menitipkan pesan serta nasihat kepada para pengikutnya supaya jangan pernah berhεnti bermimpi untuk mengejαr impian yang dihajatkan. 

“Jangan pernah berhεnti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merealisasikannya. 

“Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” titip Tya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Tya meluahkan rasa kagum dan bangga dengan apa yang Tya miliki. 

Selain itu, ada juga segelintir yang turut mendoakan kebahagiaan keluarga Tya dan Asyraf agar berkekalan selain menyatakan Tya dan suami merupakan idola mereka. 

Untuk makluman, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5 tahun dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3 tahun. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, tyaarifinnw, iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published.