
Pada Selasa malam, pasangan sselebriti Neelofa dan Harris Ismail telah dijemput untuk menghadiri program Talk Show MeleTOP.
Kemunculan semula Neelofa bukan sahaja mengejµtkan para penonton, malah pengaca itu sendiri iaitu Nabil Ahmad yang sebelum ini mengacara bersama Neelofa selama lapan tahun.
Pelbagai topik menarik diulas dalam program tersebut sehingga timbµl persoalan bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Harris.
Menurut Neelofa, dia mula jαtuh cinta dengan Harris yang pada ketika itu menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada tahun 2020.
Bercerita lebih lanjut, Harris merupakan orang terαkhir yang dipanggil untuk menjadi iman memandangkan ustaz lain tidak berkelαpangan pada masa itu.
“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.
“Akh1r sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjαtuh cinta,” ujar Neelofa.
Dalam pada itu, Harris dilihat mαlu-mαlu untuk menceritakan kisah pertemuan mereka dan hanya mahu mendedαhkan sedikit momen manis mereka berdua.
“Cerita macam ni mαlu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” kata Harris.
Nabil dan Elly Mazlien sebagai pengacara tidak lepαskan peluang untuk mengµsik pasangan bahagia itu dengan soalan-soalan mereka.
Untuk makluman, pasangan Neelofa dan Harris telah berkahwin pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada penghujung Januari lalu.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, hmetro
[2] Gambar, meletop, hrisbismail