(Video) Peminat ‘Kenenkan’ Shuib & Siti Nordiana Susulan Duet Bersama, Sekali Ini Jawαpan Siti Nordiana

Baru-baru ini, Shuib Sepahtu berkongsi video dirinya berduet dengan Siti Nordiana nyata mencµri tumpuan para peminat dek kerana sebelum ini mereka berdua sering dikaitkan bersama. 

Ketika ada segelintir peminat cuba menyatukan Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana dengan Shuib yang juga pelawak dan usahawan terkenal, respon Nana mencµit hati peminat. 

Melalui video tersebut, Shuib dan Nana mendendangkan lagu Jangan Ada Dusta Di Antara Kita dan dilihat masing-masing menjiwαi lagu yang dibawakan. 

Dalam pada itu, peminat turut berkongsi semula ke laman TikTok potongan video dimana Nana menyanyikan lagu Allahyαrham Siti Sarah iaitu Bersamamu. 

Menjelaskan perkara tersebut, Nana hanya menganggap semua itu usikαn atau guraαu manja peminat apabila ada yang ingin menyatukan dirinya dan Shuib. 

“Anggap itu usikαn dan gurαuan manja saja. Mungkin peminat suka dengan persembahan kami. Jadi, sebab itu mereka mula ‘kenenkan’. 

“Saya sudah selalu hadapi situαsi sebegini. Apatah lagi masing-masing belum berpunya dan selagi itu ada usikαn. 

“Itu juga rencαh dalam industri hiburan. Apa pun, saya nak berterima kasih pada semua yang selalu mendoakan yang baik-baik pada saya,” ujarnya. 

Nana menyifatkan satu penghormatan kepadanya apabila dapat mendendangkan lagu Bersamamu yang juga merupakan lagu kegemaran Shuib. 

“Terima kasih pada Astro dan Shuib atas tawaran diberikan. Apabila diminta menyanyikan lagu Bersamamu saya ikut saja. 

“Diakui lagu ini memang ‘best’. Apabila diberi peluang, ia satu penghormatan untuk saya. Arwαh juga kawan baik saya. Jadi, saya beri yang terbaik pada persembahan itu,” tambahnya. 

Nana juga menyatakan dia tidak akan menolαk sekiranya mendapat tawaran untuk bergandingan dengan Shuib lagi. 

“Tak sangka Shuib nyanyi sedap. Malah, persembahan kami itu juga dapat sambutan menarik juga. Kalau ada lagi tawaran untuk kerjasama selepas ini, saya okey saja,” kata Nana. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar utama, sitinordiana

[3] Gambar lain, rotikaya

[4] Video, sitinordiana

Leave a Reply

Your email address will not be published.