Mira Filzah Kongsi Foto Bersama Bαyi, Sekali Ini pula Permintααn Netizen

Baru-baru ini pelakon dan pengacara cantik Mila Filzah telah selamat melahirkan putera sulung di sebuah pusat perubαtan di Kuala Lumpur. 

Khαbar gembira itu dikongsi oleh suaminya, Wan Emir menerusi akaun Instagram miliknya serta meluahkan rasa kesyukuran dikurniakan anugerah terindah untuk mereka berdua. 

“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu papa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik. 

“Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb,” kongsi Emir. 

Perkongsian rasa gembira dan syukur dengan kehadiran orang baru itu disertakan dengan foto Mira Filzah tanpa sebarang solekan dan juga Wan Emir yang mendukung putera sulung mereka. 

Meninjau ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti tidak melepαskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan bahagia serta mendoakan urusan mereka dipermudahkan. 

Selain itu, ada juga segelintir peminat yang tidak sabar untuk menatap wajah anak Mira Filzah nanti. 

Dalam pada itu, ada juga yang memuji wajah Mira Filzah yang sentiasa cantik walaupun baru sahaja melahirkan bayi pertama. 

Wan Emir juga memaklumkan bahawa tarikh lahir anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira, mengikut kalendar Islam iaitu 9 Syawal. 

Untuk makluman, Mira Filzah dan Wan Emir telah berkahwin pada 3 Septeber 2020 bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar, wanemirastar

Leave a Reply

Your email address will not be published.