
Lumrah bagi anak-anak perempuan sukakan benda-benda cantik dan comel seperti mainan anak patung ataupun pakaian yang cantik-cantik ala-ala ‘princess’.
Bagi seorang ibu sepastinya senang hati untuk memperagakan pakaian yang cantik dan comel buat anak perempuan mereka.
Siti Aafiya, puteri kesayangan penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, sering tampil dengan busana dress yang comel serta pandai bergaya seperti ibunya.
Sering menjadi perhatian warga maya dengan telatahnya, Aafiyah juga kini sudah tumbuh membesar dan semakin hari wajahnya semakin mewarisi ibunya, Datuk Siti.
Jika kita lihat perkongsian yang dimuat naik oleh Datuk Siti, Aafiyah sentiasa memakai pakaian yang sopan dan sejuk mata memandang.
Menerusi perkongsian terbaharu akaun milik Aafiyah Khalid dimana dapat dilihat Aafiyah mengenakan dress biru sambil berjalan seakan-akan model.
“Alolo Aafiyah suka sangat dengan dress ni,” tulis Aafiyah Khalid.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut meraih perhatian peminat dengan pelbagai komen dimana rata-rata para peminat memuji pakaian yang dikenakan oleh Aafiyah yang sentiasa menµtup aurat.
Selain itu, mereka turut memuji cara didikan Datuk Siti kepada anak-anaknya yang berhemat dan lemah lembut dalam segi pertuturan.
Untuk makluman, Datuk Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid pada tahun 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4 tahun dan Muhammad Afwa, 1 tahun.
Datuk Siti juga merupakan usahawan kosmetik yang terkenal dan sepanjang tempoh perjalanan seninya, Datuk Siti telah memperolehi beratus-ratus anugerah.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, kdnews
[2] Gambar utama, aafiyahkhalid,
[3] Gambar lain, ctdk
[4] Video, aafiyahkhalid