
Suasana hari raya masih lagi terasa memandangkan kita masih berada dalam bulan Syawal dan sesetengah rakyat Malaysia masih lagi menganjurkan rumah terbuka.
Dua tahun tidak dapat beraya bersama sanak saudara yang jauh kerana Perintαh Kawαlan Pergerαkan, kini kita berpeluang untuk meluangkan masa bersama mereka yang tersayang.
Antara yang paling seronok adalah kanak-kanak apabila mereka dapat mengumpul duit raya yang diperolehi ketika beraya.
Anak-anak selebriti lah yang akan menjadi tumpuan para peminat untuk mengetahui jumlah yang dikumpul oleh mereka.
Antaranya, cucu Datuk Seri Nurhaliza iaitu Arif Jiwa Asyraf yang baru-baru ini berkongsi video unboxing duit raya bersama ibu dan ayahnya.
Anak kepada Tya Ariffin dan Asyraf Khalid yang juga merupakan anak t1ri Datuk Siti membuka sampul duit raya untuknya dan adik perempuannya, Azzahra Jiwa Asyraf.
Dalam pada itu, ibunya sempat bertanyakan soalan yang kebiasaan ditanya kepada kanak-kanak seperti nak buat apa dengan duit raya tersebut.
Jawapan yang diberikan oleh Arif membuat ibu dan bapanya bangga kerana wang tersebut Alif ingin salurkan kepada orang susαh.
“Arif nak tolong semua orang susαh…” jawab anak Tya Ariffin.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji niat baik Arif yang ingin membantu mereka yang dalam kesusαhan.
Untuk rekod, Tya Ariffin dan Asyraf Khalid telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5 tahun dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3 tahun.
Video seperti di bawah:
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, himpunanceritalawak
[2] Gambar, tyaarifinnw, azhan
[3] Video, @tyaarifinnw