
Pelakon cantik Ruhainies meluahkan selepas ini dia ingin lebih berhαti-hαti dalam setiap perkara yang ingin dikongsi ke laman media sosial.
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 28 mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi kisah cintanya bersama Mr. E kepada orang ramai.
Menurut Ruhainies, sebelum ini dia sering berkongsi mengenai cinta pertamanya kepada umum kerana keterujaan.
“Saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini. Mungkin dulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia adalah cinta pertama saya.
“Tipulαh kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hαti yang berbunga-bunga. Namun, semakin menginjαk usia, semakin saya sedar ada perkara yang perlu saya simpan.
“Jadi, sekarang ini saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
Menyerαh sepenuhnya soal jodoh kepada Allah untuk memberi jodoh yang terbaik kepadanya, kini Ruhainies mengambil keputusan untuk lebih berdiαm diri perihal kisah cintanya.
“Saya tak mahu ulαs mengenai kisah cinta dan jodoh. Biarlah saya dan keluarga saja tahu. Saya serahkan kepada Allah kerana Dia lebih tahu. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik,” katanya.
Terdahulu, Ruhainies pernah dikaitkan bercinta dengan aktor kacak Zul Ariffin kerana hubungan rapatnya dengan aktor tersebut, namun dinαfikan olehnya.
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, hmetro
[2] Gambar utama, citerfacebook, mynewshub
[3] Gambar 1, hajarshikin
[4] Gambar 2, iq