“Kecik2 dah bijαk..” Kanak-Kanak Perempuan Guna Duit Raya Beli Barαng Kemαs, Dapat Pujiαn Dari Orang Ramai

Kanak-kanak pastinya orang yang paling gembira apabila raya tiba. Mana tidaknya, selepas sebulan berpuasa, hari raya adalah hari untuk mereka mendapatkan duit raya.

Kebanyakan kanak-kanak pasti sudah ada impian, untuk apa duit raya itu hendak digunakan nanti.

Ada sesetengah memberikan pada ibu-bapa untuk disimpan, dan ada sesetengah berbelanja untuk keperluan sekolah, dan ada juga menggunakannya untuk membeli mainan.

Tapi lain pula dengan adik kecil ini, apabila dia hendak menggunakan duit raya untuk membeli barang kemas.

Video yang dikongsikan @diyanarazip ini memaparkan gelagat anak kecil berada di kedai emas, sedang membeli barang kemas untuk dirinya sendiri.

Menurut ibu kepada anak kecil itu, anaknya yang mesra dipanggil Leia itu memilih untuk melabur kepada emas, berbanding membeli mainan seperti kanak-kanak yang lain seusia dengannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ibu yang pandai mendidik anak serta memuji juga kebijaksanaan anak kecil itu yang sudah pandai merancang masa depan.

bagusnya…fikir masa depan

baguih laa, mana yg baik kt ajaq anak²

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Oh Bulan

[2] Gambar, Tiktok Diyanarazip2

Leave a Reply

Your email address will not be published.