
Rindu yang paling sa.kit adalah rindu pada yang telah tiada.
Sama seperti Muhammad Syahmi,26, yang telah kehilangan bapanya pada Ogos lalu akibat pan.de.mik, dan pemergiannya masih terasa hingga hari ini.
Mungkin kerana rindu yang mendalam, Syahmi yang bekerja di Kuala Lumpur (KL) sanggup menunggαng motosikal untuk balik ke Kelantan demi menziarahi pusαrα Allahyarham.

Syahmi bergerak balik sejurus selepas Aidilfitri diumumkan secara meng3jut pada malam 1 Mei lalu.
“Selepas pengumuman raya meng3jut, kedai tempat saya bekerja ditutup awal sekitar pukul 10.45 malam. Selepas itu, saya terus balik ke rumah dan kemas baju. Dengan keadaan tak mandi, saya memulakan perjalanan menaiki motosikal pada pukul 11.30,”
Menurut Syahmi, hanya dengan satu beg galas, dan menaiki motosikal berseorangan, dia akhirnya sampai ke Tumpat, Kelantan pada pukul 5.30 pagi.
Tambahan, ini adalah pengalaman kali kedua menaiki motor berseorangan dari KL ke Kelantan. Walaupun agak risau di.sa.mun dan sebagainya, Alhamdulillah Syahmi sampai dengan selamat.
“Memang niat saya balik pun sebab nak ziαrah ku.bur ayah sempena raya. sampai pagi tu, terus saya ziarah ku.bur ayah sebelum beraya. Iniilah kali pertana saya beraya tanpa ayah,” ujarnya.
Bercerita mengenai pengalaman beraya di kampung, Syahmi mengaku yang raya kali ini tidak sama, sedikit su.ram dan terbayang kenangan lama.
“Rasa lain sangat raya kali ini. Memang banyak kenangan raya dengan αrwαh. Kalau dulu, αrwαh selalu ingatkan supaya cari daun untuk buat tapai, cari buluh lemang dan sebagainya.”
“Memang berbeza puasa dan raya tanpa ayah. Rasa sebαk, tapi nak taknak kita kena kuat.”
Akhir sekali, Syahmi sempat berterima kasih pada yang telah mendoakan αrwαh bapanya dan pada yang memberikan kata-kata semangat buatnya.
Semoga Allah tempatkan Abah awak bersama orang2 beriman. Aamiin2
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Mstar
[2] Gambar & Video, Tiktok @syah_miee
[3] Gambar 1, Mstar