“Tapi Siti faham masing-masing..” Noraniza Undαng Tokti Ke Konsert, Sekαli Ini Responsnyα

Sebelum ini, Noraniza Idris menjemput rakan seper’juangannya, Datuk Siti Nurhaliza (Tokti) ke konsertnya, sebagai tetamu kenamaan.

Dan alhamdulillah, pelawaan penyanyi itu menerima maklum balas positif daripada penyanyi nombor satu negara.

Perkara itu disambut dengan terima kasih dan penuh kesyukuran oleh Tokti.

Kata Tokti, sekiranya tiada ha’langan dan keadaan mengizinkan, beliau akan hadir dan sama-sama memeriahkan lagi konsert Noraniza itu, di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kredit: mStar

Konsert itu akan berlangsung pada sekitar Oktober depan.

“Siti berterima kasih dan bersyukur dengan niat murni, ingatan dan juga doa Kak Ani semasa Siti di Mekah tempoh hari.”

Kredit: The Star

“Bagi Siti, sekiranya tidak ada apa-apa halangan, InshaAllah Siti akan hadir sebagai tetamu, tiada masa’lah.” kata Tokti.

Selain itu, Tokti juga meminta Noraniza untuk terus bernyanyi selepas dikhabarkan bahawa, konsert ini akan menjadi terakhirnya dia terlibat.

Kredit: Suara Merdeka

“Tapi Siti faham masing-masing ada matlamat dalam kehidupan dan kerjaya. Apapun, Siti doakan yang terbaik buat Kak Ani”

Untuk pengetahuan umum, Tokti pernah berduet dengan Noraniza dalam lagu irama tradisional Hati Kama dan Dondang Dendang.

Sumber:

[1] Rujukan, Gempak

[2] Gambar utama, Malaysia Gazette dan Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.