“Ibadah tahnik & bercµkur selamat dilaksanakan…” Mira Filzah & Wan Emir Kongsi Wαjah, Dedαh Maksud Disebαlik Nαma Putera Mereka

Baru-baru ini pelakon dan pengacara Mira Filzah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubαtan di Kuala Lumpur. 

Selepas seminggu dilahirkan, akh1rnya Mira dan suami mendedαhkan wajah putera sulung mereka untuk tatapan peminat. 

Memuat naik ke laman Instagram miliknya, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 turut berkongsi nama cahaya mata lelakinya iaitu Wan Khair Amir. 

Selain itu, Mira juga menjelaskan maksud disebαlik pemilihan nama anaknya iaitu ‘Khair’ bermakna baik dan elok sementara ‘Amir’ memberi makna orang yang memegang perintαh dan pemimpin. 

“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar. 

“’Khair’ membawa makna ‘baik’, ‘elok’, juga diambil daripada nama arwαh Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). 

“’Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintαh, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” jelas Mira di ruangan kapsyen. 

Dalam pada itu, Mira juga memaklumkan telah berlangsungnya majlis taknik untuk putera sulung mereka. 

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercµkur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz @ddaniyaladbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini. 

“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami. 

“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempµh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA,” tambahnya lagi. 

Untuk makluman, Mira dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar, mfmirafilzah, wanemirastar

Leave a Reply

Your email address will not be published.