“Bagi mama, anak bernama Lofa ini sangat luar biasa…” Noor Kartini Dedαh Rαhsiα Kejayaan Neelofa

Datin Noor Kartini berkongsi kisah kejayaan pengacara dan usahawan terkenal yang juga anaknya iaitu Neelofa. 

Berkongsi cerita tersebut di Insta Story miliknya, Noor Kartini meluahkan rasa bangga dan kagum dengan sikap Neelofa sehingga berjaya sampai ke tahan sekarang. 

Menerusi perkongsian Noor Kartini, dia berharap kisah kejayaan Neelofa membahasakan sebagai Love, boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda sekarang. 

Tambahnya lagi, Neelofa seorang yang mendαhulukan dia sebagai ibu dalam setiap perkara serta meminta doa darinya setiap kali ingin lakukan sesuatu selain seorang yang sangat manja dengannya. 

“Lofa (panggilan Neelofa) ini kalau mama (panggilan Noor Kartini) boleh gambarkan dia sangat istimewa. Tiga sikap buat dia berjaya dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama. Dia percaya dengan redha ibu bapa. Allah bersabda, ‘redha aku datang selepas redha ibu.’ 

“Lofa ni kalau dia kat luar negeri ada event ke apa-apa walau masa berbeza dia mesti tetap akan hubungi mama minta doa, jadi mama malam itu selalu akan terus mengaji atau doa untuk Lofa. 

“Selepas selesai nanti pembantu peribadi dia akan WhatsApp mama cakap alhamdulillah dah selesai. Dah tinggi mana pun dia memang dia tetap dahulukan mama. Mungkin ini lah rahsia kejayaan dia,” ujarnya. 

Menyifatkan Neelofa sebagai anak yang luar biasa kerana pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor adalah seorang yang gigih dan mempunyai kekuatan yang tidak semua orang mampu lakukan. 

Selain itu, Noor Kartini juga melihat sendiri perubαhan Neelofa setelah bergelαr isteri kepada Muhammad Harris Ismail ketika namanya sedang berada di puncak kegemilangan. 

“Bagi mama, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa, kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanan dia. Air mata dia jarang orang nampak. 

“Kita semua boleh tengok jihad dia melαwan diri dia sendiri ketika di puncak. Dia mula pakai purdah. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula, panggil ustaz, tak pernah berhεnti untuk upgrade diri,” tambah Noor Kartini. 

Dalam pada itu, nenek kepada Muhammad Bilal juga turut mendoakan agar impian Neelofa untuk membuka satu empayar perniagaan yang besar dimakbulkan suatu hari nanti. 

“Semoga cita-cita love (panggilan Neelofa) untuk membuka satu empayar perniagaan yang besar dan luar biasa Allah nampak dan makbulkan. Mama percaya love mampu sebab dia selalu dahulukan hak-hak Allah, suami, ibu dan keluarga. Allah akan dengar doa ini,” doa Noor Kartini. 

Untuk makluman, Neelofa dan Harris telah berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia 3 bulan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohbulan

[2] Gambar , noorkartini

Leave a Reply

Your email address will not be published.