“Tahu-tahu saja sudah sampai…” Selepas Jαnda Baik, Abang Viva Bαntu Mαngsa Bαnjir Di Kuala Johol Pula

Terdahulu, nama sukarelawan terkenal ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar terkenal apabila dia membantu mangsa-mangsa banjir kilat yang melanda di sekitar kawasan Selangor secara berseorangan. 

Kemudiannya, dia yang berasal dari Melaka bergerak ke tempat-tempat yang dinaiki air bagi memberi pertolongan kepada mereka yang terperangkap di kediaman mereka. 

Terbaharu, Azwan kini dilaporkan sudah sampai ke Kuala Johol pada pukul 10.30 malam untuk memulakan usaha membantu mangsa banjir di daerah tersebut. 

Menurut penduduk di kawasan tersebut, Shaik Ali Mohamed Haleem, 25, meluahkan rasa syukur dan berbesar hati dengan bantuan yang dihulurkan oleh Azwan yang terus datang dengan sekali ajakan oleh individu bernama Nor Hisham. 

Tambahnya, sesampai sahaja Abang Viva di sana, terus membantu mangsa-mangsa banjir meskipun pacuan empat roda tidak dapat mengharungi arus deras banjir untuk sampai ke Kuala Johol. 

“Alhamdulilah, syukur terima kasih. Tahu-tahu sahaja sudah sampai bagi membantu kami. Ikutkan kebiasaannya, banjir hanya berlaku di Kuala Johol, namun kali ini banjir turut berlaku di kawasan Inas. 

“Air makin naik, terima kasih pasukan penyelamat, penduduk dan Abang Viva yang masih lagi membantu mengeluarkan mangsa hingga ke saat ini,” katanya kepada Kosmo. 

Sebelum ini, Abang Viva menerusi Facebook live, memaklumkan dia sudah bergerak ke Janda Baik dan telah memindahkan mereka yang dilanda banjir ke kawasan yang lebih selamat. 

Untuk rekod, kerana keberanian dan sikap prihatin Abang Viva, dia telah menerima beberapa hadiah daripada mereka-mereka yang baik hati serta mendapat pingat serta sijil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai penghargaan. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, kosmo

[2] Gambar utama, kosmo, ArenaMotorOfficial

[3] Gambar lain, utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.