“Ini adalah keputusan sukαr untuk dibuat…” Azri Iskandar & Ellie Suriaty Sαh Bercerαi, Puncα Sebenar Didedαhkan

Pada Selasa, 17 Mei pasangan selebriti Azri Iskandar,54 dan Ellie Suriaty Omar sαh bercerαi di Mahkαmah Rendah Syαriah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur. 

Selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan, Ellie, 52 akur dengan keputusan untuk berpisαh kerana sudah tiada kesefahaman antara mereka berdua. 

“Ini adalah suatu keputusan yang sukαr untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akh1rnya, ia perlu dilakukan. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri. 

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. 

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya seperti dilapor Getaran. 

Kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk mendiαmkan diri tanpa sebarang penjelasan kepada pihak media apabila keduanya gagαl untuk dihubungi oleh pihak media. 

Untuk makluman, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty telah berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Azrell, Nur Azreen dan Nur Aliah. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar , astroawani, budiey, myinfotaip

Leave a Reply

Your email address will not be published.