Ayah Namakan Anak ‘Naruto Uzumaki Namikaze’, Sekαli Ini Respοns Netizen

Bagi setiap ibu bapa yang bakal menerima ahli baharu, sepastinya akan memikirkan nama yang akan diberikan kepada bayi yang baru lahir. 

Mereka akan merujuk kepada pelbagai sumber untuk memberikan nama yang terbaik kepada bayi mereka seperti nama yang membawa maksud tertentu. 

Antara contoh adalah memilih nama dalam kalangan keluarga, nama selebriti yang digemari atau macam-macam lagi. 

Namun, apa yang lebih menarik adalah seorang bapa di Filipina memilih untuk menamakan anaknya sempena karakter animasi Jepun yang terkenal iaitu Naruto Shippuden. 

Anaknya yang kini menyambut ulang tahun yang pertama berjaya menarik perhatian ramai dengan namanya yang agak unik itu. 

Menamakan anaknya dengan Naruto Uzumaki Namikaze, disertakan sekali sijil lahirnya sebagai bukti bahawa nama anaknya betul-betul diambil sempena watak utama animasi tersebut. 

Menjelaskan sebab mengapa memilih nama tersebut, jawapan ayahnya adalah kerana dia amat meminati watak dalam animasi tersebut. 

Rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi berkenaan nama anak kepada Jamesey Maribojo sama ada positif atau negαtif. 

Selain itu, ada juga yang menganggap nama tersebut unik selain masih ramai yang menamakan anak mereka dengan watak kegemaran mereka.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, says

[2] Gambar, utsusero, RTVOneMindanao, neoseeker

Leave a Reply

Your email address will not be published.