
Sebelum ini, beberapa artis terkenal tanah air telah dipaparkan di iklan digital di New York Times Square seperti Yuna, Layla, Dolla, Iman Troye dan terbaharu Vanessa.
Terkini, giliran penyanyi tersohor Malaysia pula iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menghiasi papan iklan tersebut yang ditayangkan di New York Times Square dimana tempat tersebut merupakan tempat paling popular di dunia.
Berkongsi perasaan gembira dan syukur dengan penghormatan yang diberikan kepadanya, Datuk Siti turut memuat naik perkongsian tersebut ke laman Instagram miliknya.
“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
“Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Saya merupakan sαlah seorang wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura,” kata Datuk Siti.
Tambahnya, ini adalah perkara yang paling menggembirakan dalam sejαrah seni Datuk Siti selama ini apabila diberi penghormatan tersebut.
“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.
“Melihat wajah terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini,” luahnya.
Selain itu, Datuk Siti juga berhasrat untuk memberikan yang terbaik buat peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.
“Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya yang hebat. Saya juga berharap ini akan memberi aspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian.
“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustαhil,” ujarnya lagi.
Untuk makluman, sepanjang karier seni Datuk Siti telah menghasilkan lebih 20 buah album dengan ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, Datuk Siti juga menganjurkan konsert mega yang tidak dapat dihitung selain membuat persembahan gah di Royal Albert Hall, London.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, kopiplanet, mediahiburan
[2] Gambar, ctdk