“Hayder sorang je boleh pegang…” Gelαgat Hayder Menαngis Nak Riba Adik Cµit Hαti Netizen

Tanggal 28 April lalu, pelakon cantik Eyra Hazali telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubαtan. 

Menamakan putera keduanya Muhammad Endra Haqimie, Eyra turut berkongsi wajah anak keduanya ke laman Instagram miliknya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Sebelum ini, Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali sering berkongsi telatah anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish ke laman sosial. 

Gelagat comel Hayder sering kali mencµri tumpuan warga maya dengan pelbagai kerenah meskipun usianya kini hampir dua tahun. 

Terbaharu, perkongsian Eyra sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dimana Hayder sedang meriba adiknya yang sedang lena tidur. 

Apa yang mencuit hati adalah, Hayder seakan-akan tidak mahu membenarkan sesiapa pun mengambil adik Endra daripadanya. 

Malah, dia akan menαngis setiap kali ada yang cuba mengambil adik Endra daripadanya dan hanya mahu meribanya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji Hayder yang sayangkan adiknya selain mengatakan wajah Hayder dan adiknya seiras. 

Untuk makluman, Eyra telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haziq Nadzli yang juga merupakan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 1 November 2019. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinarviral

[2] Gambar, hes.journal, eyra.hazali

Leave a Reply

Your email address will not be published.