(Video) “Harga dia agak kerαs…” Neelofa Dedαh Katil Unik Bilal, Harganya Buat Netizen Terkejµt

Pasangan selebriti popular yang juga merupakan usahawan terkenal, Neelofa dan Harris Ismail sering menjadi tumpuan ramai setiap kali berkongsi perkara di media sosial. 

Tambahan pula dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka yang kini sudah berusia 3 bulan lebih iaitu Muhammad Bilal pada penghujung Januari lalu. 

Setiap perkembangan Bilal yang dikongsi oleh Neelofa akan menjadi perhatian warganet meskipun mereka masih belum dapat menatap wajah sebenar Bilal. 

Terbaharu, Neelofa berkongsi video di Insta Story miliknya dimana dia menunjukkan katil Bilal yang agak unik dan baru digunakan. 

“Umur tiga bulan baru Bilal nak duduk dalam ni, nasib baik dia nak.. Kalau tak pening jugak sebab harga dia MasyaAllah,” kongsi Neelofa. 

Video tersebut turut dikongsi oleh peminat Neelofa dan ada segelintir warganet menganggarkan harga katil Bilal mencecah sehingga RM 18, 000. 

Menurut pemilik akaun TikTok @seorangnur yang berkongsi video tersebut, nama katil yang dimiliki oleh Bilal adalah Snoo Smart Sleeper Baby Bassinet sambil menyatakan harga yang terlampau mahal. 

Pelbagai reaksi daripada netizen dapat dilihat menerusi ruangan komen apabila mengetahui harga bagi sebiji katil tersebut. 

Untuk makluman, Neelofa dan Harris sepakat untuk tidak mendedαhkan wajah anak mereka, Muhammad Bilal sehingga masa yang sesuai kerana beberapa sebab yang boleh memudαratkan anak mereka. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, himpunanceritalawak

[2] Gambar, neelofa, @seorangnur

[3] Video, neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.