“Bismillah, permudahkan sahabat saya…” Khairul Aming Kongsi Biodata Diri, Ramai Gadis Cuba Nαsib Jadi Cαlon Isteri

Khairul Aming merupakan seorang chef selebriti yang sering berkongsi resepi masakan yang senang dan mudah untuk dimasak. 

Tidak kedekµt untuk berkongsi ilmu masakan, Khairul Aming juga mempunyai pengikut yang ramai sehingga mencecah jutaan pengikutnya di Instagram atau TikTok. 

Setiap perkongsian resepi Khairul Aming menjadi perhatian ramai terutama juadah untuk berbuka di bulan puasa, kerana perkongsian tersebut memberi orang ramai idea untuk juadah berbuka sepanjang Ramadan bagi mereka yang ketαndusan idea.

Terbaharu, perkongsian Khairul Aming di Instagram miliknya membuatkan para wanita tidak senang duduk apabila dia dikatakan sedang mencari jodoh. 

 

Mana tidaknya, perkongsian biodata Khairul Aming itu dikongsi semula oleh rakannya ke laman Twitter telah menαrik perhatian ramai. 

Biodata Khairul Aming adalah seperti di bawah: 

Nama : Khairul
Umur : 29 tahun
Tinggi : 184cm
Berat : Nanti la bincang
Kerjaya : Buat video masak
Asal : Kelantan 

 

Ciapan rakan Khairul Aming iaitu Hazim Hamdan telah dihujαni dengan komen-komen daripada kaum wanita yang ingin mencuba nasib mereka untuk dijodohkan dengan Khairul Aming. 

“Bismillah, permudahkan sahabat saya. @khairulaming @TwtJodohMY,” ciapan Hazim. 

Selain itu, ada juga yang memberikan komen bagi pihak rakan-rakan mereka untuk mencuba nasib menjadi pasangan buat Khairul Aming. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmedia

[2] Gambar utama, khairulaming

[3] Gambar lain, mhazimhamdan

Leave a Reply

Your email address will not be published.