(Video) Disangkakan Pelakon Sedang Buat Konten Tepi Jαlan, Sekali Identiti Pemuda Kαcak Ini Didedαhkan Buat Ramai Terkejµt

Tulαr di laman TikTok berkenaan wajah kacak seorang pemuda yang sedang bekerja di bahu jalan di sekitar kawasan Putrajaya dan menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @mayasuhaimi, dia merakam beberapa foto pemuda tersebut yang bekerja sebagai tukang sapu. 

Pada awalnya dia menyangkakan pemuda tersebut seorang model memandangkan wajahnya yang kacak sehinggakan ada yang berpendapat pemuda tersebut adalah seorang per1sik yang menyαmar atau seorang ‘influencer’ yang sedang membuat konten. 

Namun Maya Suhaimi bertemu kembali dengan pemuda tersebut untuk mendapatkan kepastian dan ternyata dia sememangnya pekerja di kawasan itu. 

Menurut Maya lagi, pemuda tersebut berasal dari Pakistan dan memiliki nama ‘Khan’ diαkhir nama pemuda itu.  

Meskipun identiti pemuda tersebut diketahui, namun masih ramai yang tidak percaya akan kenyataan tersebut dan masih bersangka bahawa pemuda tersebut adalah seorang pelakon. 

Ada juga yang berpendapat wajah pemuda tersebut seakan-akan artis Hollywood yang segak dan kacak. 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 200 ribu tontonan serta hampir 10 ribu tanda suka.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar dan video, @mayasuhaimi

Leave a Reply

Your email address will not be published.