Kongsi Wajah Anαk Kepada Umum Atau Tidαk, Ini Pendαpat Datuk Siti Nurhaliza

Lumrah hidup seorang selebriti apabila kehidupan peribadi menjadi tatapan umum dan bukan sahaja tertumpu kepada kerjaya seni semata-mata. 

Kebelakangan ini, tulαr topik berkenaan pendedαhan anak-anak selebriti kepada umum dan ini menjadi perdebat’an ha’ngat dalam kalangan para peminat. 

Berkongsi wajah anak kepada umum atau tidak, bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu adalah hak setiap ibu bapa. 

Penyanyi tersohor itu juga berkata setiap keputusan yang dibuat oleh ibu bapa adalah kerana mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. 

“Kalau boleh saya tak maku mengulas isu ini. Tapi bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing. 

“Saya yakin setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri. Semua orang ada pilihan,” ulas Datuk Siti kepada Gempak. 

Datuk Siti ditemui ketika Rumah Terbuka Universal Music Malaysia dan diminta mengulas berkenaan segelintir selebriti yang membuat keputusan untuk tidak mendedah’kan wajah anak mereka kepada umum. 

Menurutnya lagi, setiap orang mempunyai pilihan masing-masing dan orang luar perlu menghormati setiap keputusan yang mereka buat. 

“Setiap orang ada pilihan. Saya pun ada pilihan saya dan saya hormat pilihan masing-masing. 

“Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah diper’tikaikan,” ujar Datuk Siti. 

Untuk makluman, Datuk Siti sering berkongsi perkembangan anak-anaknya iaitu Siti Aafiyah, 4 tahun dan Muhammad Afwa, 1 tahun ke laman Instagram miliknya untuk tatapan para peminat. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.