“Murah rezeki dia..” Baru Sαh Cerαi Tαlαk Tiga, Amar Asyraf Kαhwin Lαgi Sekαli?

Tulαr baru-baru ini apabila pelakon Amar Asyraf telah sah berce.rai ta.lak tiga dengan isteri keduanya vivy Jefry di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Namun, belum reda lagi perkara tersebut, Amar Asyraf dikatakan telah berkahwin sekali lagi dengan wanita yang dikenali sebagai Farhana Yusof.

Amar dikatakan telah berkahwin sekali lagi kerana sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram dipercayai milik ibu Amar, menunjukan pelakon itu dengan wanita dan kedua-duanya mengenakan busana putih.

Lebih menguatkan spekulasi itu lagi, tinjauan ke akaun Instagram yang dikatakan milik salah seorang adik-beradik Farhana terdapat foto keluarga ketika mereka menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

Melihat gambar yang dimuatnaik itu, Amar dilihat berdiri bersebelahan dengan Farhana, manakala anak Amar hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya turut berada dalam gambar tersebut.

Malah, menguatkan lagi sangkaan orang ramai, pelakon tersebut juga mengikuti akaun Instagram Farhana.

Namun, masih tiada pengesahan lagi daripada Amar sendiri setakat ini, dan ia hanyalah spekulαsi semata-mata.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkara ini.

“Setengah org senang jee dpt jodoh..ada pulok org jodoh entah dimana!”

“Kuat sungguh ujian beliau… Hurmm”

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Harian Metro

[2] Gambar Utama, MyWilayah & Harian Metro

[3] Gambar 1, Kopiplanet

Leave a Reply

Your email address will not be published.