“Jual tak kayα, simpαn tak rugi..” Pemuda Beli Seluar Jean Bundlε Harga RM15,000, Terima Pelbαgαi Reαksi Dari Netizεn

Barang secondhand atau lebih dikenali sebagai bundle mempunyai peminatnya tersendiri, dan rata-ratanya sanggup menghabiskan masa menyelam di kedai-kedai untuk mencari pakaian yang berkualiti dan berjenama.

Walaupun kebanyakan barang bundle adalah pakaian lama, tetapi kebanyakannya masih berkualiti, malah ada antaranya barangan bundle yang berjenama dan dijual pada harga yang mahal dan tidak masuk akal.

Walaupun dijual pada harga yang mahal dan tidak masuk akal, akan ada peminat bundle yang membelinya untuk dijadikan koleksi.

Sama seperti Lokman Alias, 39, dari Kampung Tok Molor yang telah membeli sehelai seluar jean berjenama Levi’s dengan harga RM15,000.

Menurut Lokman, seluar itu dibelinya pada tahun 2018 daripada seorang kenalan iaitu pengumpul seluar jean Levi’s dari Pasir Mas, Kelantan.

“Seluar itu dibeli dengan harga RM15,000 sehelai secara ansuran dan dalam tempoh dua tahun ia habis dibayar.

“Nak beli tunai saya tidak mampu oleh itu pemilik asalnya bersetuju menjual seluar itu secara ansuran kepada saya,” katanya.

“Saya bayar RM500 hingga RM1,000 sebulan bergαntung kepada kemampuan dan akhirnya ia habis dibayar.

Kredit; Harian Metro

Tambahnya, dia memberitahu nilai seluar jean Levi’s itu semakin meningkat dari semasa ke semasa, dan akan menjadi semakin mahal dan bernilai, semakin lama ia disimpan.

Malah, telah ada seorang peminat dan pngumpul seluar Levi’s juga menawarkan Rm18,000 untuk membeli seluar tersebut, tetapi Lokman masih belum bersedia untuk menjualnya.

“Kebanyakan seluar dan baju bundle yang berharga mahal itu bukan dibeli untuk dipakai, tetapi lebih kepada koleksi peribadi. Seluar jean Levi’s yang saya beli itu bukan untuk dipakai, tetapi dijadikan hiasan di dalam kedai bundle saya sekali gus menceriakan kedai,” katanya.

Malah, Lokman juga telah berhenti kerja makan gaji dan berniaga pakaian bundle sepenuhnya sejak 7 tahun lalu.

“Saya yakin perniagaan pakaian bundle mempunyai potensi besar untuk maju serta memberi pulangan yang lumayan,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi yang pelbagai terhadap perkara ini.

minat masing-masing. biarlah. kita doakan dari jauh je dan sepanjang malam.

Kan dia dah cakap. Untuk orang tertentu sahaja yang minat benda macam ni. Tak boleh relate dengan orang awam. Biarla dia duit dia. Bukan duit kita pun dia guna.

Jual xuntung simpan xrugi

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Harian Metro

[2] Gambar Utama, Picclick & Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.