(Video) “Gigih Sαrung Jubah Konvo Pada Ayah, Netizen Sebαk Dengar Kisαh Disebαliknya

Impian setiap ibu bapa adalah supaya anak-anak mereka menjalani hidup yang terbaik dan lebih selesa berbanding mereka. 

Tanpa berfikir kepa’yahan yang perlu diha’rungi, bapa sanggup mengerah keri’ngat untuk membiayai pelajaran seorang anak supaya berjaya menggenggam segulung ijazah. 

Manakala seorang anak apabila tiba hari konvokesyen, pastinya menginginkan ibu bapa mereka hadir melihat kejayaan mereka yang boleh dibanggakan nanti.

Namun perkongsian seorang pemuda nyata merun’tun hati netizen dengan kisah se’dihnya ketika menghadiri majlis konvokesyen. 

Berkongsi hari bersejarah tersebut di TikTok, pemuda tersebut yang menggunakan nama putera rangga memaklumkan dia hanya menghadiri majlis tersebut bersama ayahnya sahaja. 

Menurutnya, sudah dua kali ibu bapanya tidak dapat menghadiri majlis tersebut disebabkan sebelum ini dia menyambung pelajaran ke luar negara dan mereka bukan dari keluarga yang senang untuk membawa kedua ibu bapanya ke sana.

Pada majlis kedua, hala’ngan pan’demik menyebabkan mereka tidak dapat bersatu dan pada kali ini hanya ayahnya sahaja dapat hadir untu majlisnya. 

Hal ini kerana, ibunya telah pergi menghadap Pencipta sebelum sempat melihat dia menyarung jubah keramat tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada kedua ibu bapa pemuda tersebut dan kepada dirinya yang sudah berjaya memperoleh kejayaan tersebut. 

“Tahniah buat mak ayah dan diri anda sendiri. Mungkin x capai menkaya kan parent… Tapi kejayaan anda ada kejayaan kedua org tua membesarkan semampunya”

“Sama mcm adik sy..thn lps adik sy konvo degree..kami yatim piatu…jadi 2 beradik je yg ada..dia pesan byk kali..kakak,nanti konvo kami hang datang na”

“Tahniah anak muda. Jagalah org tua mu sebaiknya, berkat dari dia hidupmu akan lebih tenang”

“Alahai, try letak lagu happy boleh? Sy xboleh la video2 sedih klu libatkan ibubapa ni.. Sedih sy..”

“Alhamdulillah syukur tahniah dik. Ambil pgkhususan apa tu. Terbaiiik”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinarviral

[2] Gambar dan video, @puterarangga21

Leave a Reply

Your email address will not be published.