
Sekarang laman untuk mencari jodoh sudah semakin banyak bagi mereka yang ingin mencari jodoh yang sesuai dengan mereka.
Bukan itu sahaja, platform media sosial juga boleh dijadikan sumber kepada mereka untuk mencari pasangan seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter.
Terbaharu, ciapan seorang gadis yang dikenali sebagai Faye memuat naik maklumat diri rakannya iaitu Syafiqah Ghazali dan memaklumkan bahawa rakannya itu sudah bersedia untuk mencari calon suami.
Menurut Faye, rakannya itu menyatakan ciri-ciri suami yang diingini dan ingin mena’matkan zaman bujangnya pada tahun ini.
Selain itu juga, Faye senaraikan kelebihan yang dimiliki oleh Syafiqah, antaranya dia seorang yang pandai memasak, bermain alat muzik dan seorang yang suka melancong.
Tambahan lagi, Syafiqah juga seorang yang pandai menyanyi dan ‘rap’ dalam bahasa Perancis selain perlu mengisi borang sekiranya berminat untuk mencuba nasib.
Ciapan Faye yang dibuat kurang dari 2 jam sudah mendapat sambutan luar jang’kaan dan telah menerima lebih 500 borang permohonan dan masih lagi mendapat sambutan.
Lantaran daripada menerima banyak permohonan, Syafiqah memaklumkan dia perlukan sedikit masa untuk meneliti kesemua permohonan yang dihantar kepadanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi kepada ciapan tersebut malah ada yang membantu kawan mereka mencari jodoh.
Ingat nak isi form…tapi bila difikir2kan takpela.. dia terlalu france untuk saya yang bugis ni
Hmm.. kalau apply bagi pihak boss kami boleh tak?
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, burmeseasia
[2] Gambar, fyruzzasyahira