“Paling penting tak nak strεss…” Mohon Tips Daripada Peminαt Selepas Dua Minggu Bergelαr Ibu, Ini Respon Mira Filzah

Sudah dua minggu pelakon dan pengacara Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badieozaman, 29 bergelar seorang ibu.

Selamat melahirkan putera sulung yang diberi nama Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu, Mira dan anaknya berkongsi tarikh bulan Islam yang sama iaitu 9 Syawal.

Menurut Mira, pemilihan nama bagi anaknya telah disepakat oleh suaminya iaitu Wan Emir Astar.

Pengalaman menjadi seorang ibu sangatlah bermakna untuk para wanita kerana banyak memberi pengajaran ditambah pula dengan pengalaman memiliki anak pertama.

Menerusi Instagram Mira, dia ada bertanya pendapat para peminat berkenaan penyusuan dan cara seimbangkan antara susu badan dan susu botol yang dipump sebelumnya.

Menerusi Insta Storynya menunjukkan pelbagai respon daripada para peminat Mira Filzah yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Mira juga berterima kasih kepada mereka yang berkongsi pendapat dan pandangan kepadanya yang baru bergelar ibu.

“Banyak sangat respons yang Mira dapat. Alhamdulillah, thank you for sharing. Lain orang lain cara, depends on mommies and babies juga, lifestyle, kerja dan sebagainya.

“But dengan baca pengalaman orang lain, banyak yang Mira boleh belajar juga. Tak kisah macam mana pun, paling penting tak nak strεss!,” ujarnya.

Sekadar info dan semoga bermanfaat.

sumber:

[1] Rujukan, news-tel

[2] Gambar, majalahpama

Leave a Reply

Your email address will not be published.