(Video) Peminat Teruja Sehingga Terbεrsin Kuat, Reaksi Datuk Siti Nurhaliza Cµit Hati Netizen

Hampir sebulan Syawal namun sambutan rumah terbuka masih dibuat oleh mereka yang masih belum sempat buat rumah terbuka. 

Bagi yang setiap tahun mengadakan sambutan hari raya, pastinya mengambil peluang ini apabila sudah dua tahun kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai. 

Bagi selebriti terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza, peluang ini diambil olehnya untuk merayakan Aidilfitri bersama para peminat yang sering menyokong kerjaya Datuk Siti sebagai penyanyi. 

Baru-baru ini, Datuk Siti mengadakan sambutan hari raya bersama peminatnya Sitizoners dan dapat dilihat kemeriahan sambutannya apabila penyanyi Lip Lap Raya itu berkongsi kemeriahannya di Instagram miliknya. 

Namun, tular sebuah video di laman TikTok dimana salah seorang ahli Sitizoners berkongsi video interaksi Datuk Siti dengan peminatnya. 

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Datuk Siti yang sedang berjalan ke pentas untuk mendendangkan lagu tiba-tiba terkejµt dengan suara bersin salah seorang peminatnya. 

Reaksi Datuk Siti yang terkejut itu mengundang tawa mereka yang ada disitu yang merasa lucu dengan situasi tersebut. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan situasi tersebut dan menganggap reaksi Datuk Siti terkejµt sangat comel. 

“Saya ulang2 tengok banyak kali, asyik gelak ni je,”

“Dengan berlalu cepat² tok ti beredar dari situ,ghisau org bersin punca cov1d..”

“Laaa tadi duk cari cari siapa bersin. hahaha tergelak kami kat meja belakang”

“Hahahhaha sorry kak iti sayang perfume kak iti @Siti Nurhaliza kuat sangat hahaha sampai bersin kita hahahha”

@Siti Nurhaliza Ctdk mesti terkejut kan. Tapi comel”

“Kesian tok ti hahahahaha tapi kelakar!! Korang punya gelak tambah lagi lawaknya hahahahaha”

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, viralnewsupdates

[2] Gambar utama, @sitifan86

[2] Gambar lain, ctdk

[4] Video, @sitifan86

Leave a Reply

Your email address will not be published.