(Video) Lebih Sebulan Tidak Bertemu Anak-Anak, Shuk Sahar Buat Kejµtan Bertemu Mereka

Tidak ada seorang pun bapa yang sanggup berpi’sah dengan anak-anak meskipun ada hala’ngan tertentu, sepastinya mereka akan cuba untuk bertemu dengan anak-anak mereka. 

Hal ini samalah dengan pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang sanggup terbang ke Sandakan, Sabah semata-mata untuk bertemu dengan anak-anaknya iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2. 

Menurut Shuk, sudah sebulan lebih dia tidak bertemu dengan kedua anaknya dan tidak dapat bersama-sama semasa Hari Raya. 

“Sebenarnya dari awal puasa lalu anak saya Ain dan Aimi ke Sabah dan beraya di sana. Lebih sebulan juga saya dah tak berjumpa mereka. Saya sangat rindukan mereka. 

“Jadi pagi ini (semalam) saya bangun, tanpa sebarang perancangan saya terus gerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), saya beli tiket ke Sandakan, saya nak buat keju’tan untuk Ain dan Aimi,” ujarnya. 

Pertemuan antara Shuk dan anak-anaknya dirakam dan dimuat naik ke laman TikTok oleh Shuk sendiri dimana dia meluahkan rasa rindu kepada mereka. 

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kerinduan mereka apabila saat bertemu, Ain dan Aimi berlari-lari sebelum memeluk Shuk. 

Dalam pada itu, Shuk juga membuat siaran langsung selain dihujani dengan pelbagai persoalan daripada warganet berkenaan hubungannya dan isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera, Sera. 

Komen netizen: 

Setiap org ada buat salah..Terharu saya syuk sebab saya juga seorang ayah.

itu lah syuk…. kalau xbuat hal..karier mesti makin mantap…keluarga pon bahagia…

Untuk makluman, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ain dan Aimi. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, hmetro

[2] Gambar, @shuksahar

Leave a Reply

Your email address will not be published.