“Sebenarnya panjang lagi, I pendekkan…” Anzalna Nazir Kongsi Momen Lµcu Ketika Bersαlin Anak Kedua

Pada Jumaat, 20 Mei lalu, pelakon Anzalna Nasir selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubαtan. 

Momen lucu diceritakan oleh Anzalna pada hari anaknya dilahirkan dimana jangkaan awal tarikh bersalin adalah pada 31 Mei, namun lain pula jadinya apabila anaknya mahu keluar awal. 

“Ingatkan Raya Aidilfitri sahaja menge’jut tahun ni, rupanya anak kami pun keluar menge’jut. Sepatutnya due date 31/5 dan last checkup 20/5 tetapi tiba-tiba… 

“Hari check up dia nak keluar terus! Alhamdulillah syukur lahirlah anak kami pada hari Jumaat yang penuh berkah,” tulis Anzalna. 

Perkara tersebut dikongsi Anzalna menerusi akaun Instagram miliknya beserta video pendek anaknya. 

Menurut Anzalna, banyak lagi mahu diceritakan berkenaan anak keduanya, namun disimpan dahulu dan akan bersambung di lain hari. 

“Sebenarnya panjang lagi cerita tapi I pendekkan. To be continued.. Love you mommy Dee @Diananasir86. 

Selain Anzalna, pelakon Elfira Loy juga berkongsi tarikh yang sama melahirkan anak keduanya dan berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya. 

Untuk makluman, Anzalna dan Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia dua tahun. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar, anzalnanasir88

Leave a Reply

Your email address will not be published.