(Video) “Suara Jebat sebijik baba dia…” Cara Bercαkap Jebat Jayden Dapat Pujiαn Ramai

Tingkah laku anak-anak adalah cerminan didikan ibu bapa yang dinilai oleh masyarakat umum sejak dari dulu lagi. 

Akhlak yang baik perlu dididik sejak dari kecil lagi supaya anak-anak akan menjadi seorang yang membawa pengaruh positif dalam kalangan masyarakat. 

Jebat jayden sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila dipuji menuturkan kata yang sopan apabila bercakap dengan mummynya. 

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila baru berusia 4 tahun, namun kepetahannya bercakap menjadi penghibur warganet yang gemar mengikuti perkembangan Jebat. 

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Jebat, dapat dilihat beberapa keping foto serta video perbualan antara Jebat dan mummy serta mak saudara yang turut serta dalam percutian ke Singapura. 

Malah ada segelintir peminat menyatakan cara pertuturan Jebat seakan babanya iaitu Sharnaaz, lemah lembut dalam pertuturan. 

Apabila berkomunikasi dengan Jebat, Nabila dilihat sering menggunakan bahasa Malaysia supaya Jebat fasih bertutur dalam bahasa ibunda. 

komen netizen:

Amboi tangan masuk poket..style la Jeyden.

Sopan nye dia bercakap dgn mumy dn tnye mumy nye ada pocket atau x..

 

Untuk makluman, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018 sebelum berpisah pada tahun 2020. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, kdnews

[2] Gambar, jebatjayden

Leave a Reply

Your email address will not be published.