
Hari perkahwinan adalah hari bahagia pasangan pengantin dan juga merupakan hari bersejarah bagi mereka berdua.
Juru kamera menjadi orang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan kerana mereka merupakan orang yang akan merakam momen-momen terindah pasangan pengantin.
Insi’den-insi’den yang terjadi tanpa dirancang tidak dapat dielak, namun insi’den yang boleh menambah rencah dalam memori bersejarah mereka pastinya akan diingati.
Hal ini sama dengan video yang tular di laman TikTok dimana pengantin terke’jut dengan wajahnya di skrin yang terpapar di dinding dewan.
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga lebih 500 ribu tontonan serta lebih 40 ribu tanda suka.
Menerusi perkongsian tersebut, sedang berlangsungnya bacaan doa dan kamera tepat menghala pada wajah pengantin lelaki yang sedang kusyuk namun tersen’tak apabila melihat wajahnya di skrin besar.
Reaksi penganti lelaki itu mengundang tawa seluruh dewan yang terhibur dengan reaksi spontannya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan pelbagai reaksi disamping terhibur dengan tindakan spontan pengantin lelaki itu.
“Pov : kau tebukak front camera”
“Kajutan siapa urang hensem kana zoom ani nya”
“I’ve been repeating this vid for 5 mins and i cant stop giggling”
“Hahahah kelakor smp ke Msia dia punya terkejut terkujat. Saja ulang byk kali bior dia penat”
“kesian plak yg tgh lead bacaan doa tu ingt org gelakkan dia sbb tersasul. kebetulan dia tersasul masa pengantin trkejut”
“Cameraman tak rilek zoom mcm tu hahaha”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, says
[2] Gambar dan video, @azizazahari