(Video) “Bukan video content semata-mata…” Anak Mahu Jadi Pοlis Trafik, Ini Yang Ibu Ayahnya Sαnggup Lakukan

Aplikasi TikTok menjadi platform utama dalam berkongsi sesuatu atau video-video yang mengikut trend sekarang yang sering berubah-ubah. 

Terbaharu caba’ran ‘Gucci’ dimana para TikToker menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan fesyen bertemakan Gucci. 

Namun, lain pula video perkongsian seorang pengguna TikTok dimana dia menunjukkan aksi anaknya menggayakan kostum ‘pοlis trafik’ hasil diy sendiri. 

Kelincahan kanak-kanak tersebut dalam menggayakan kostum itu berjaya menarik perhatian warganet. 

Bercerita lebih lanjut, ibu kepada kanak-kanak Nayl Muhammad Faris yang berusia 6 tahun menjelaskan kostum anaknya itu bukanlah semata-mata mengikut trend popular itu. 

Kostum pοlis trafik tersebut dihasilkan sempena sambutan Hari Karier di tadika anak kepada Nadiah Nasrudin, 33 pada Jumaat lalu. 

“Bukan buat video content semata-mata, tapi anak saya ada sambutan Hari Karier di tadika. Murid-murid diminta untuk pakai baju kerjaya yang diimpikan bila besar nanti. 

“Anak beritahu dia teringin nak jadi pοlis trafik. Dia tak sebut polis, tapi lebih specific nak pakai baju pοlis trafik warna putih dan seluar hitam,” ujarnya kepada mStar. 

Menurut Nadiah lagi, dia dan suami memikirkan cara kreatif menghasilkan kostum kepada anak sulungnya dan bukannya dibeli di kedai pakaian seragam. 

“Anak beritahu ada Hari Karier pada Selasa, jadi malam tu saya dah geledah barang-barang di rumah untuk digunakan semula dan jadikan sebagai kostum pοlis trafik. 

“Saya dan suami guna baju cotton putih anak, kemudian print logo-logo Pοlis Diraja Malaysia (PDRM) dan tampal atas kotak cereal untuk dijadikan name tag dan lekat guna pin lampin. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Masking tape dijadikan sebagai jalur putih di tepi seluar hitam. Walkie talkie dan p1stol guna permainan anak, dan wayar walkie talkie guna getah rambut adik perempuannya berusia empat tahun,” jelasnya lagi. 

Tambahnya lagi, pada asalnya but tersebut berwarna biru yang anaknya gunakan untuk menolong ayahnya berkebun yang kemudiannya disembur dengan menggunakan spray cat warna hitam. 

Nadiah juga menceritakan minat anaknya bermula apabila dia sering melihat pοlis trafik setiap kali pulang ke kampung di Kelantan selain melihat pοlis trafik setiap hari ketika hendak ke tadika. 

Menurutnya, anaknya mengagumi kerjaya pοlis trafik apabila sering melihat mereka setiap hari dan jika berpeluang ingin meminta izin untuk menekan butang siren pada motosikal atau kereta peronda pοlis. 

“Anak sendiri jadi ‘pοlis trafik’ dalam kereta, kadang-kadang te’gur Abi iaitu ayahnya yang terus memandu bila lampu isyarat bertukar kuning sedangkan ia membawa maksud bersedia untuk berhen’ti. 

“Keluarga kami tiada latar belakang pοlis. Anak kata kalau jumpa pοlis trafik, dia nak minta izin untuk tekan butang bagi bunyi siren pada motosikal atau kereta peronda pοlis,” katanya lagi. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.