
Berbuat baik sesama manusia tidak mengenal pangkat, umur dan latar belakang dan sesiapa pun boleh berbuat baik tanpa sebarang balasan.
Tu’lar di laman TikTok dimana video seorang pemuda berhen’ti untuk menghulurkan selipar kepada warga emas yang berkaki ayam.
Video tersebut dirakam oleh pemilik akaun TikTok @judedina dan telah ditonton oleh lebih 1.7 juta tontonan serta hampir 200 ribu tanda suka.
Menerusi video tersebut, pemuda itu sanggup berstokin menaiki motosikal dan memberikan selipar yang dipakainya kepada warga emas tersebut.
Selepas memberikan selipar kepada warga emas tersebut, pemuda itu terus berlalu dengan hanya stokin meskipun jalan raya dalam keadaan basah.
“Sesiapa jumpa brader (brother) Melayu ni, salute dia ok. Brader ni bantu beri selipar dia untuk uncle India,” kapsyen video tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata nitizen memuji tindakan pemuda tersebut yang memiliki hati yang mulia dan sanggup membantu orang lain.
“Adik saya ni,, dia memang la sangat baik. Terlalu baik! sangat suka menolong orang,, dia memang menghormati orang lagi2 parents n orang tua”
“Syukur alhamdulillah. ni ank bujang sis. sis tak terkjut apa yg dia ni. anakanda sis ni mmg anak yg baik dari lahir till dia dewasa.”
“Bukti dia sorang yang baik adalah motor 125 nya ada side mirror kiri dan kanan.”
“Saya Ingin sgt nak jumpa Parents Adik ni.. Sesemua pujian buat dia patut kita dedicated to them….in person”
“Inilah apa yg ada sepatutnya dlm kalangan rakyat malaysia.. bro ni menyebarkan kecintaan kpd perpaduan! Respect menggunung bro”
“Baru faham, dia pakai kan kasut pada uncle ni ,dan budak ni sanggup tak berkasut,, didikan ibu bapa, terima kasih,mak ayah budak ni,,”
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mstar
[2] Gambar dan video, @judedina_