(Video) “Lepas berlαkon, menyanyi pula…” PU Azman Nyanyi Live, Rαih Perhαtian Ramai

Pendakwah bebas yang kini bergelar pelakon, Pencetus Ummah (PU) Azman atau mesra dipanggil Cik Man semakin dikenali ramai. 

Sering kali muncul disamping selebriti-selebriti terkenal tanah air dalam sesebuah drama meskipun Cik Man memegang watak sampingan. 

Walaupun hanya sebagai pelakon tambahan, para peminat memuji lakonan yang mantap dan hidup dibawakan oleh Cik Man. 

 

Baru-baru ini, drama popular 7 Hari Mencintaiku baru sahaja melabuhkan tirai dan para peminat tidak hen’ti memuji gandingan Cik Man dengan Reen Rahim yang serasi apabila digandingkan bersama. 

Terbaharu, Cik Man menunjukkan kebolehan menyanyi yang tidak diketahui ramai apabila menyertai busking secara spontan ketika berada di sebuah restoran di Kota Kinabalu. 

Menurutnya, dia yang pada ketika itu berada di Hilton, Kota Kinabalu dan menuju ke restoran hotspot.com untuk makan malam, namun disamping itu sempat join busking di sana. 

“Sampai di Hilton Kota Kinabalu, bersiap tu dinner. Pergi restoran hotspot.com. Ada busking. Join nyanyi. Happy. Terima kasih yang belanja makan. Alhamdulillah,” tulisnya. 

Selain itu, Cik Man juga sempat berseloroh dengan mengatakan dia tidak menghafal lagu lain selain lagu yang didendangkan itu selalu. 

“Sebab kenapa aku selalu pilih lagu ni. Sebab lagu lain aku tak hafal. Lagu ni pun aku tak hafal,” selorohnya. 

Dalam pada itu juga, rezeki Cik Man pada malam itu apabila ada yang belanjanya makan malam serta ada yang bergambar kenangan bersamanya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji suara Cik Man yang sedap. 

Kalau fatin tengok ni, terus berbunga2

Cik Man boleh keluar lagu nasyid la lepas ni

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, kdnews.site

[2] Gambar dan video, puazmanofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.