
Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 meluahkan rasa kece’wa dengan tingkah laku sesetengah peminat penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut vokalis Sekumpulan Orang G1la (SOG), Raja Nazrin Shah, ada segelintir peminat Datuk Siti meninggalkan komen yang kurang enak dan meminta penyanyi tersebut untuk mene’gur tingkah lagu peminat tegarnya.
“Kita selalu nampak di Twitter, Siti Zoners secara aktifnya merasa mereka sangat entitled (paling berhak).
“Perkara ini sangat tak sihat kerana Siti Nurhaliza sendiri seorang yang sangat merendah diri,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran platform media sosial FENIX360 di Kuala Lumpur.
Tambahnya lagi, dia sendiri akan meluahkan hasrat tersebut jika diberikan peluang untuk berjumpa dengan Datuk Siti.
Perdeba’tan tersebut berlaku susulan daripada Raja Nazrin memberikan reaksi bersetuju dengan ciapan seorang komposer dan penerbit yang tidak berpuas hati berkenaan paparan wajah beberapa artis tanah air di papan iklan di Times Square, New York.
Beberapa penyanyi tanah air telah dipaparkan di papan iklan tersebut dengan gandingan Spotify Equal, namun dibahaskan oleh JD Wong kerana antara mereka siapa yang pernah membuat persembahan di kota tersebut.
Ditambah pula dengan tindakan Raja Nazrin meny3lar syarikat rakaman tertentu serta sebuah platform digital penstriman muzik yang dikatakan yang mengaut keuntungan.
Oleh yang demikian, ramai peminat terutamanya daripada peminat Datuk Siti tidak berpuas hati dengan pernyataan yang dibuat oleh Raja Nazrin.
“Yang terasa dalam bab-bab begini ramai Siti Zoners saja. Maksud saya (sebenarnya) antara ketujuh-tujuh penyanyi berkenaan, siapa yang betul-betul pernah mengharumkan nama Malaysia?
“Kalau tanya saya hanya ada dua orang iaitu Yuna dan Siti Nurhaliza. Tapi yang lain, adakah kita boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dengan pencapaian mereka?” tambahnya.
Raja Nazrin menafikan dirinya menjadi besar kepada memandangkang baru bergelar juara AJL36 dan hanya meluahkan apa yang dirasakan betul.
“Orang selalu cakap saya seorang yang suka cakap lepas. Tapi saya selalu bercakap benda yang betul tetapi pa’hit untuk ditelan.
“Saya takkan tegakkan benda yang sa’lah. Walaupun saya bukan orang yang popular dalam industri, tapi saya tahu selok-beloknya.
“Jika orang lain tak mahu bersuara, biar saya yang bersuara. Biar saya jadi peme’tik ap1,” jelasnya lagi.
Menjelaskan kenyataan yang dibuat menerusi ciapannya, Raja Nazrin menegaskan dia hanya menyentuh aspek kesedaran dalam menghargai seni muzik.
Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.
Sumber:
[1] Rujukan, bartasangbad
[2] Gambar utama, malaysiakini