
Kita sering disajikan dengan telatah comel anak-anak selebriti tanah air yang dikongsikan oleh para selebriti ke platform sosial media seperti Instagram, Facebook atau TikTok.
Ada sahaja telatah comel anak para selebriti yang berjaya menarik perhatian warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.
Antaranya adalah anak kepada pelakon dan usahawan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar, 6 tahun dan Alisa Aisyah, 3 tahun.
Umum mengetahui cara didikan Hanis terhadap kedua-dua anaknya sangat unik sehingga ramai memuji cara didikannya memandangkan anak-anaknya sering mendengar kata.
Baru-baru ini, Instagram milik anaknya iaitu thealisaaisyah berkongsi video berkenaan Alisa yang sedang bermain dengan barang permainannya.
Apa yang menariknya, Alisa dengan spontan meminta ibunya memanggilnya dengan panggilan chef memandangkan dia sedang memasak.
View this post on Instagram
Meskipun hanya masak olok-olok, cara Alisa bertukar kepada seorang chef mencuit hati warganet dengan celotehnya yang mema’rahi ibunya memanggil nama Alisa dan bukannya chef.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat comel Alisa yang meniru gaya seorang chef.
Super cute masyaAllah adorable little girl. May Allah bless you little one.
Tak hairanlah nanti dah besar pon minat memasak. Comey.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, kdnews
[2] Gambar dan video, thealisaaisyah,