(Video) “Bila terlebih konfiden…” Peminat Tersαlαh Sambung Lagu, Reαksi Spontαn Datuk Siti Nurhaliza Cuit Hati Netizen

Setelah dua tahun rakyat Malaysia tidak menyambut Hari Raya bersama-sama dalam bilangan yang ramai kerana dilanda pan’demik. 

Akh’irnya tahun ini, kemeriahan sambutan seperti sebelum ini kembali terasa dan dalam kesempatan ini ramai yang mengadakan rumah terbuka untuk berkumpul dan mengeratkan lagi silaturrahim. 

Bagi para selebriti, mereka sepastinya tidak melepaskan peluang untuk bertemu kembali dengan para peminat yang sentiasa menyokong mereka dalam industri seni hiburan. 

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan rumah terbuka raya untuk bertemu dengan para peminat setia. 

Pelbagai tentatif program yang diadakan ketika sambutan itu termasuk konsert mini Datuk Siti serta duet bersama peminat. 

Rakaman duet Datuk Siti dan peminat tu’lar ke laman sosial apabila insi’den melucukan terjadi pada ketika itu yang mencuit hati warganet. 

Mana tidaknya, salah seorang peminat Datuk Siti dengan yakinnya menyanyi bahagian korus namun dite’gur lembut oleh Datuk Siti apabila peminatnya tersa’lah nyanyi. 

Tindakan peminat tersebut yang dipanggil Ira setelah menyedari kesalahannya dengan spontan bersembunyi di belakang Datuk Siti mengundang tawa mereka yang hadir.

Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @sitifan86 telah meraih sehingga 400 ribu tontonan serta 24 ribu tanda suka. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut terhibur dengan insiden lucu tersebut. 

Alahai sekali dengan saya malu, tapi takpa jadi kenangan sampai bila2 ni.

Bukti manusia tak lari dari melakukan kesilapan.

Bila kau cuba menjadi penyanyi no 1. Auto jadi konten lucu.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: kdnews

Leave a Reply

Your email address will not be published.