
Tulαr baru-baru ini apabila wajah penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) menghiasi papan iklan digital di New York Times Square.
Penampilan Tokti adalah bagi mewakili negara bersempena kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital dunia, Spotify.
Walaupun perkara tersebut sepatutnya dibanggakan, namun ada juga segelintir warganet yang mempertikαikαn perkara tersebut.
Hαngαt di laman sosial Twitter, apabila ada segelintir warganet saling berbalas ciapan termasuk peminat Tokti sendiri.
Tidak cepat melαtαh tentang perkara ini, Tokti berkata, pihak terbabit sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada Spotify terlebih dahulu sebelum memberikan komen sedemikian.
“Ramai saja artis sebelum ini sudah keluar (di digital billboard), bila ‘time’ saya saja kenapa nak μsik pula.”
“Kalau boleh minta dulu penjelasan daripada pihak berkaitan (Spotify) barulah boleh komen. Kadang-kadang tersalah komen itu yang jadi tak syok,” katanya
Tokti turut menekankan apa yang ditulis di Twitter bukan mewakili dirinya, malah kadang-kadang ia tidak mewakili peminatnya pun.
“Saya tak nak jadi budak-budak. Apa yang ditulis di Twitter bukan mewakili diri saya pun. Kadang-kadang bukan mewakili peminat saya pun. Orang saja anggap.
“Sepatutnya muzik menyatukan. Betullah, itu yang sebenarnya. Sebab muzik ini sangat universal dan istimewa. Bayangkan saya ke luar negara, mereka tak faham bahasa saya, tapi mereka boleh hargai. Itu sepatutnya kena saling menghargai. Itu juga saya cuba terapkan dalam setiap persembahan lagu-lagu saya,” katanya.
Tokti menjadi orang ke-5 dari Malaysia untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan Dolla dan Iman Troye.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkara ini.
Tak pernah menjawab dgn αngkuh, somb0ng, riak, bangga diri, mendongak ke langit, walaupun dia buleh je buat mcm tu.
Patutlah no. 1 kat Malaysia.
Dah rezeki dia,netizen ni tak dak apa pun. komen jer yg lebih lebih,mngata org tak ingat d0sa,nak bandingkan dngn datuk siti jauh panggαng dngn αpi
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Harian Metro
[2] Gambar Utama, ctdk & Harian Metro
[3] Gambar 1, Bandwagon
[4] Gambar 2, Kosmo