“Bukan senang dan dapatkan..” Zaki Azeman Selamat Bernikαh, Kongsi Cerita Pernah Disoαl Siαsαt Oleh 7 Orang Abαng Isteri

Pelakon Zaki Azeman telah sah bergelar suami kepada Siti Nur Shahira Ahmad pada pagi tadi.

Zaki sebelum ini pernah berkongsi kesusαhαn untuk mendapatkan persetujuan daripada 7 orang abang isterinya itu.

“Bukan senang nak dapatkan tunang ini. Saya kena berdepan dengan tujuh abang dia. Dia seorang saja perempuan dan bongsu pula,”

“Setiap abangnya berbeza. Bayangkan kami sudah bercinta dua tahun, tapi mereka tak tahu hubungan kami sebab tunang tαkut nak bagi tahu abang dia.”

Tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan mereka telahpun selamat diijabkabulkan hari ini di Hotel Grand Renai, Kota Bharu Kelantan.

Pelakon dan pengacara Jaa Suzuran, iaitu abang kepada Siti nur Shahira turut melafazkan rasa syukur apabila satu-satunya adik perempuan telah selamat bergelar isteri.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, adik saya selamat bernikah.”

“Hari yang ditunggu telah tiba. Walaupun rasa sεdih, tetapi saya tumpang gembira satu-satunya adik perempuan yang kami jaga selama ini sudah bergelar isteri.”

“Kami serahkan tanggungjawab kepada Zaki untuk menjaga adik kami. Sukur majlis berjalan lancar.” ujar Jaa

Untuk pengetahuan, Zaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM19,999 beserta satu set barangan kemas kepada pengantin perempuan.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, MStar

[2] Gambar Utama, Harian Metro, Instagram raasuzuran & MStar

[3] Gambar 1, Trendinggiler

[4] Gambar 2, MStar

[5] Gambar 3, Instagram ZakiAzeman

Leave a Reply

Your email address will not be published.