
Sebagai seorang usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) pastinya sentiasa menyokong dan mengagumi usahawan-usahawan lain di luar sana.
Baru-baru ini, Tokti dijemput ke Majlis Jamuan Aidilfitri Usahawan Juta’wan Ri’chworks 2022 di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Tokti yang mempersembahkan 5 buah lagu termasuk Lip Lap raya, Sesuci Lebaran, sempat memberikan sepatah dua kata memuji usahawan Ri’chworks.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua usahawan Richworks Group yang menjadi inspirasi kepada usahawan di luar sana. Dr Azizan juga insan yang disayangi ramai.”
“Ketika saya sampai tadi saya nampak deretan kereta mewah, tersusun, MasyaAllah. Hebat semuanya.”
Tokti juga sempat meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak dan menantunya iaitu Asyraf Khalid, serta Tya Ariffin juga antara usahawan berjaya dengan produk mereka hasil bimbingan Richworks.

“Dr. pernah datang ke rumah dan berkongsi pengalaman dengan kami. Lebih bermakna apabila anakanda saya Asyraf dan Tya menjadi antara hasil yang nyata dan berada dalam kelompak ti’tan.”
“Pastinya, ayahanda sangat gembira dengan pencapaian mereka hasil bimbingan Dr.Azizan. Terbaru Azief juga sudah sertai, jadi harap dia juga berjaya dan bukan main-main,” ujarnya.

Tambahan, Tokti juga sempat berduet lagu Widuri bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Gempak
[2] Gambar Utama, AZ Mega Plus, Arkib Terkini dan Bebas News