(Video) “Dengan muka tak bersαlah dia…” Gelαgat Adik Letak Telefon Ke Dagu Kakak, Rαih Perhαtian Netizen

Anak-anak kecil sememangnya penuh dengan idea na’kal yang mencuit hati ibu bapa dengan telatah mereka yang comel. 

Perkongsian seorang ibu di laman TikTok berkenaan kerenah anak kecilnya menarik perhatian ramai dengan telatah lucunya. 

Mana tidaknya, video berdurasi 24 saat itu menunjukkan kerenah anak kecilnya yang menjadikan dagu kakak yang tertidur sebagai alas meletak telefon berjaya mencuit hati warganet. 

Video perkongsian pemilik nama Kak Julie telah meraih sehingga 163 ribu tontonan beserta 12 ribu tanda suka. 

Menurut Julie, anak perempuannya yang kele’tihan baru pulang dari sekolah tertidur di dibahagian penumpang, namun adiknya pula buat hal apabila menjadikan dagu kakaknya sebagai ‘phone stand’ untuk dia menonton cerita melalui telefon yang diletakkan. 

Lebih mencuit hati warga maya apabila tindakan kanak-kanak tersebut dilakukan tanpa rasa bersa’lah dan terlalu asyik menonton cerita. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut terhibur dengan telatah kanak-kanak tersebut dengan pelbagai komen yang ditinggalkan. 

Hahaha disebalik kecomelan tu tersorok seorang m4ngsa bvli

Aduih dik oi, jenuh mulut kak tu jadi stand plak

Muka tu tak bersalah sungguh ehh, seb baik comel

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, says

[2] Gambar dan video,  @noura_cofylite.choclite

Leave a Reply

Your email address will not be published.