
Anugerah Mele’top Era 2021 (AME2021) baru saja melabuhkan tirau malam tadi dengan beberapa selebriti membawa pulang anugerah yang dimenangi.
Penyanyi terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza tidak ketinggalan untuk melakukan persembahan di pentas AME2021 malam tadi.
Berkongsi potongan persembahan beliau di pentas AME2021, Datuk Siti mendedahlan gimik menukar baju atas pentas itu.
Menurutnya, dalam masa 5 saat ketika lampu di atas pentas dipa’damkan, baju yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini bertukar.
“Kurang 5 saat saya kena lakukan sendiri perubahan ‘costume’ saya.. Haa.. Dalam hati kata okey Siti, Siti boleh lakukan!
“Saya bekerjasama dengan designer @rizmanruzaini, lighting man, soundman dan orkestra… saya nak macam mana, mereka ikut saja.
“Alhamdulillah.. Terima kasih @astromalaysia. Pasukan koir juga yang bekerja keras #thekelkatu (betul ya nama tu),” ujar Datuk Siti.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terpukau dengan persembahan Datuk Siti.
“Nasib baik tak jadi baju melayu tokti..apa2 pun pawerrrr”
“Ctdk mmg tak pernah mengecewakan…terbaik”
“Sangat cantikkk… Sederhana itu indah…”
“Rasa xpuas tgok persembahan @ctdk … rasa nak lagi, apapun tokti mmg Queen..”
“Masih terfikir macam mana petukaran tu”
“Hebattt sgt. Satu satu nya penyanyi yg hebat nyanyi live. Tahniah Dato Sri Siti Nurhaliza.. nk konsert huhuhu”
Dalam pada itu, Datuk Siti juga berterima kasih kepada mereka yang bersama-sama menjayakan persembahannya serta yang bekerja ke’ras di belakang tabir.
“Team saya SNP yang selalu bersedia untuk apa saja arahan dan pertukaran serta @epie_temerloh yang mencantikkan saya malam ni.. Terima kasih semua!,” ucap Datuk Siti.
Datuk Siti juga memuat naik video gimik yang dilakukannya setelah selesai persembahan tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Siti juga mende’dahkan idea gimik beserta baju yang akan dipersembahkan pada malam AME2021 sudahpun siap beberapa bulan lalu.
View this post on Instagram
“Anugerah Mele’top Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan @rizmanruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.
“Apabila Anugerah Mele’top Era mendapat tarikh baru, saya masih mengekalkan konsep persembahan dan baju yang akan digayakan.
“Saya mahu lagu berdurasi hampir 5 minit itu ada impak tersendiri dalam 5 saat dipersembahkan.
“Nasib baik masih muat lagi walaupun hari-hari ke rumah terbuka raya, makan macam-macam,” tambahnya lagi.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, gempak
[2] Gambar, ctdk