
Semalam berlangsungnya Anugerah Meletop Era 2021 (AME21) yang sepatutnya diadakan Januari lalu, namun ditangguhkan dan memilih tarikh 29 Mei iaitu semalam.
Kemeriahannya cukup dirasai para peminat dengan beberapa artis berjaya membawa pulang anugerah yang dipertandingkan.
Peminat Jihan Musa atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa sebelum ini berteka-teki mengenai dirinya sudah berbadan dua namun masih merah’siakannya.
Akhirnya, Jihan tampil mendedahkan dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.
Bercerita mengenai kandungannya, Jihan hanya mengetahui perkara tersebut setelah melakukan ujian saring’an cοv1d untuk bertugas sebagai pengacara AME21 pada Januari lalu.
Jihan terpaksa dimasukkan ke hοspital Sungai Buloh untuk tujuan pemantauan aki’bat daripada jang’kitan tersebut.
“Masa saya buat ujian saring’an dapat tahu dua positif. Satu positif cοv1d dan satu lagi saya sudah hamil. Disebabkan itu saya dimasukkan ke hospital.
“Syukur saya tidak mengalami sebarang simptom yang te’ruk. Tetapi ketika berada di wad ibu mengandung saya melihat ramai yang lebih te’ruk. Berada di hοspital selama 10 hari mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan,” ujarnya.
Mengikuti saranan keluarga untuk tidak menghebahkan pada awal kehamilan, Jihan membuat keputusan untuk tidak mengumumkannya kepada ramai.
“Saya ikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi berita kehamilan terlalu awal kerana belum pasti apa akan terjadi. Tambahan pula dijang’kiti vi’rus tersebut lagilah membuatkan saya tidak mahu berkongsi.
“Sebenarnya saya malu nak umumkan sedang hamil.” tambahnya.
Jihan juga meluahkan perasaan gembiranya dengan kehamilan kali kedua ini dan hanya mengalami alahan te’ruk pada tiga bulan awal.
“Saya dan suami gembira serta bersyukur kerana kami memang mahukan anak lagi. Usia anak pertama juga sudah empat tahun. Jadi rasanya ini masa terbaik nak tambah anak.
“Tiga bulan pertama memang ma’buk te’ruk. Disebabkan faktor usia juga saya sering rasa le’tih dalam tempoh hamil kali ini.
“Kemenangan di AME21 saya anggap sebagai rezeki anak. Ini juga adalah tanda sokongan peminat yang banyak kali mahu saya menang,” ujar Jihan.
Untuk makluman, Jihan dan suami yang juga seorang pelakon, Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mstar