
Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Ayden yang baru berusia 4 tahun kerap kali mendapat perhatian ramai.
Pelbagai telatah comelnya dikongsikan di media sosial sehingga membuatkan ramai terhibur.
Sebagai contoh, sebelum ini, sebuah video telatah Jebat menyanyi lagu kanak-kanak versi Inggeris.
Meskipun masih tidak jelas sebutannya, namun rata-rata peminat turut terhibur dengan nyanyian Jebat yang masih mengikut rentak lagu tersebut.
View this post on Instagram
Dan yang terbaru, viral sebuah video yang mana memaparkan gelagat Jebat berada di sebuah pasaraya dan sedang bermain ‘marry go round’.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah, wajahnya yang bersahaja dan tidak berma’ya, seolah-olah sedang merenung nasib.
Di akhirnya video itu juga, kita dapat menyaksikan Jebat sempat mengo,rek hidungnya dan ‘aksi’ itu sedikit sebanyak membuatkan ramai terhibur.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati, pelbagai komen ditinggalkan oleh warga maya.
“Dia rasa bnda tu bukan level dia”
“Slow sgt pusing amenda la…org level spiderman tapi ini haiss korek hidung pun cantik ah..huh sampai emas ta’hi hidung tu nk nunggu kan benda ni pusing slow yak amat!”
“Kalau orang comel buat, comel jerr..cuba iols yang buat..”
“Tenang je…rasa dia fikir ..menye,sal Aku mintak Naik …lambat benor”
“Hahaha siap ko,rek hidung lagi tuh.”
“Aq x boleh la tngok hebat nih”
Sumber:
[1] Video, Instagram Hot FM
[2] Gambar utama, News 131 Media dan Instagram Hot FM